🌹HARI KANAK-KANAK🌹

🌹Sekadar Perkongsian🌹

❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️

💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚

🌹HARI KANAK-KANAK🌹

Hujan berhenti dan mentari pun menampakkan diri
Suasana di sekolah pun menjadi meriah sempena hari kanak-kanak sedunia
Pertunjukkan pentas menghibur suasana pagi
Dengan tarian dan aneka lagu-lagu pilihan
Kenangan lalu pun menari-nari diingatan
Digelar penghibur sekolah dengan suara emas, lakonan dan lawak jenaka
Menyanyikan lagu-lagu pilihan kegemaran ramai
Menjadi ketua kumpulan tarian karena lengguk yang indah
Itulah kenangan zaman kanak-kanak di masa lalu
Lalu tersenyum simpul sendiri mengenangnya

Sambutan hari kanak-kanak sedunia mempunyai karamahnya tersendiri
Mengiktiraf dan meraikan kanak-kanak sedunia
Sebagai generasi pewaris masa depan negara
Kanak-kanak adalah anugerah agung daripada TUHAN
Wajib dijaga kebajikan dan kesejahteraan mereka
Ibu bapa, penjaga dan guru perlu menunjukkan kasih sayang
Agar mereka merasa gembira dan selamat
Kasih dan sayang kepada kanak-kanak adalah perintah TUHAN
Kerna TUHAN itu penuh dengan kasih sayang dalam mentadbir sekian alam

💛LOVE NO LIMIT💛
 
و الله اعلم بالصواب

Oleh alfaqir ila-llah
NUURUL-IMAAN
30JAMADIL-AWWAL 1447 H
21 NOVEMBER 2025 M

https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵