🌹MANUSIA BERDOSA🌹
🌹Sekadar Perkongsian🌹
❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️
💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚
🌹MANUSIA BERDOSA🌹
Wahai manusia.....
Sedarlah bahawa kita ni manusia biasa
Bila sudah dikatakan manusia biasa
Ertinya kita ini lemah dan tidak pernah lepas dari melakukan dosa
Meskipun ada orang yang dipandang mulia, namun dia juga sama
Di dalam lorong nafasmu itu, manusia tersesat bersama waktu
Wahai manusia.....
Lihatlah birunya langit dan mentari yang tetap bersinar
Bayu yang bertiup dari ufuk timur membawa pesan raga yang remuk
Pasrah mengenang dosa-dosa lalu kerana kelalaian diri
Merayu keampunan dan kasih sayang daripada TUHAN
Manusia pendosa di balik tirai tersembunyi
Karena kasih sayang TUHAN, DIA tutup aib kita
Wahai manusia.....
Dengan cinta dan sayangnya TUHAN kepada manusia
DIA berikan rasa berdosa kepada diri manusia
DIA juga Maha Pengampun dan sentiasa mengampunkan manusia
Maka, kembalilah kepada TUHAN-mu dan bersujudlah kepada-NYA mohon keampunan-NYA
Usah diulangi perbuatan dosa-dosa yang telah lalu
Dekatkanlah diri kepada TUHAN-mu karena DIA-lah Maha Pemberi segala-galanya
💛LOVE NO LIMIT💛
و الله اعلم بالصواب
Oleh alfaqir ila-llah
NUURUL-IMAAN
26 JAMADIL-AWWAL 1447 H
17 NOVEMBER 2025 M
https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com
Comments
Post a Comment