🌹SAKIT ADALAH GURU🌹

🌹Sekadar Perkongsian🌹

❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️

💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚

🌹SAKIT ADALAH GURU🌹

Sakit.....
Kau adalah makhluk TUHAN yang datang bertamu tanpa khabar
Menyelinap bertandang antara luka, senyum dan tawa
Kau menghadiahkan segala rasa kesakitan
Ada rasa pedih, nyilu, nyeri, bisa dan beraneka rasa
Kau guru dan tetamu anugerah terindah TUHAN
Kau telah banyak memberi pelajaran sungguh bernilai dalam kehidupan

Sakit.....
Kau adalah guru yang tidak pernah mengenal erti lelah
Kau telah mengajar manusia erti sebuah perjuangan yang besar
Hingga membuat manusia sedar akan satu makna dalam kehidupan
Bahawa kelemahan itu adalah sumber kekuatan
Dalam menikmati keindahan kesakitan yang tersembunyi

Sakit.....
Mengajar betapa indahnya ketulusan, kesyukuran, kesabaran, keredhaan dan tawakkal
Menerbitkan keindahan sekeping hati manusia yang tabah
Di tengah-tengah kesakitan dan kepedihan
Menjadi bukti bahawa manusia pernah berjuang dan berkorban dalam hidup
Sungguh kau adalah tetamu terindah daripada TUHAN

💛LOVE NO LIMIT💛
 
و الله اعلم بالصواب

Oleh alfaqir ila-llah
NUURUL-IMAAN
15 JAMADIL-AWWAL 1447 H
6 NOVEMBER 2025 M

https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵