🌹BULAN REJAB🌹

🌹Sekadar Perkongsian🌹

❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️

💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚

🌹BULAN REJAB🌹

Rejab adalah bulan yang penuh keberkatan
Mengundang manusia berdosa untuk mendekatkan diri kepada TUHAN
Mengajak hati tuk menyapa TUHAN tanpa alasan
Dengan cara bermuhasabah dan bertaubat dengan taubat nasuha
Meskipun dengan langkah tertatih tuk meraih keampunan-NYA
Manusia perlu ingat, Rejab ini ingin membimbingmu
Menuju jalan pulang dengan hati yang tulus suci
Tanpa ada topeng-topeng kedustaan

Rejab adalah bulan yang teristimewa
Membuktikan kasih sayang TUHAN Maha Luas
Memudahkan manusia alpa untuk kembali kepada TUHAN-nya
Tidak ada kesulitan sedikit pun yang menghalanginya
Rejab bukan berbicara tentang siapa yang paling taat kepada-NYA
Rejab ingin melihat siapa manusia yang paling jujur
Mengakui lelahnya mengikut nafsu, tertipu godaan cantiknya duniawi
Kini kembali menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Menjaganya

Rejab adalah bulan yang mendidik manusia
Mengajar manusia agar yakin dengan doa-doa penyesalannya
Doa itu, biar pun pendek dan ringkas
Asalkan ianya lahir dari hati yang tulus dan percaya sepenuhnya
Bahawa TUHAN itu Maha Mendengar segala doa
Meskipun sederhana dan ringkas sekali
Namun, keupayaannya sangat besar jika diiringi keyakinan yang utuh
Rejab mampu meruntuhkan keegoan manusia tuk kembali kepada TUHAN-nya

💛LOVE NO LIMIT💛
 
و الله اعلم بالصواب

Oleh alfaqir ila-llah
NUURUL-IMAAN
9 REJAB 1447 H
30 DISEMBER 2025 M

https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵