🌹WAHAI MURID-MURIDKU🌹
🌹Sekadar Perkongsian🌹
❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️
💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚
🌹WAHAI MURID-MURIDKU🌹
Wahai murid-muridku.....
Murid adalah hadiah agung dari TUHAN
Panggilan penuh hormat walaupun bukan Tan Seri, Datuk Seri dan seumpamanya
Gelaran murid itu sungguh agung hingga ke seluruh dunia
Meskipun akhirnya digelar alumnai sekolah
Tanpa murid, maka tiadalah guru
Tanpa guru-guru kemanakah arah tuju murid-murid
Wahai murid-muridku.....
Peralihan kelas adalah perubahan dan dinamakan hijrah
Dari tahun 4 ke tahun 5, dari tahun 2025 ke tahun 2026
Oleh itu, jagalah iman dan peradaban sebagai individu muslim
Jadilah insan akademis yang bertaqwa kepada TUHAN
Sentiasa muhasabah diri untuk menjadi anak-anak soleh dan solehah
Berbakti kepada orang tua dan sekelian alam
Wahai murid-muridku.....
Ingatlah pesananku, ALLAH adalah matlamat hidupmu
Rahmat kasih sayang ALLAH adalah harapanmu
Agar hidupmu aman dan tenteram hingga ke Syurga-NYA
Andai nanti murid-muridku ini tidak melihatku di Syurga-NYA kelak
Mohonlah kepada ALLAH untuk keluar mencari gurumu yang hina ini
Raih dan pimpinlah tangannya untuk masuk ke Syurga-NYA bersamamu
💛LOVE NO LIMIT💛
و الله اعلم بالصواب
Oleh alfaqir ila-llah
NUURUL-IMAAN
27 JAMADIL-AKHIR 1447 H
18 DISEMBER 2025 M
https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com
Comments
Post a Comment