🌹WAHAI SAHABAT🌹

🌹Sekadar Perkongsian🌹

❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️

💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚

🌹WAHAI SAHABAT🌹
(Khas Buat Cikgu Noor Hazila Ishak)

Wahai sahabat.....
Kita hidup di hamparan samudera luas
Kita renangi dan kita selami kedalamannya
Mencari tiram yang membaluti mutiara indah
Tuk mengetahui nilai pada setiap pertemuan
Yang dilewati dengan setiap kehadiran

Wahai sahabat.....
Dengan bahtera pendidikan, kita belayar bersama dengan tulus
Saling menjaga dan percaya dalam pelayaran
Terus maju bersama untuk membina anak bangsa
Mewujudkan harapan baru untuk keperibadian yang utuh
Namun, di waktu ini semuanya kan jadi kenangan
Kita kan berpisah jua tuk sementara

Wahai sahabat.....
Jumaat lalu adalah salam akhir teristimewa tuk anak bangsa
Sedangkan Sabtunya pula tuk rakan sejawat
Ahadnya pula tuk insan yang tidak ada apa-apanya
Apa pun jua, semua ini hanyalah sementara
Berpisah ruang, tempat dan waktu
Namun, tidak pada talian sillaturrahmi
Terima kasih kepada pertemuan dan perpisahan

💛LOVE NO LIMIT💛
 
و الله اعلم بالصواب

Oleh alfaqir ila-llah
NUURUL-IMAAN
30 JAMADIL-AKHIR 1447 H
21 DISEMBER 2025 M

https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵