🌹MENUJU REDHA TUHAN🌹

🌹Sekadar Perkongsian🌹

❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️

💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚

🌹MENUJU REDHA TUHAN🌹

Wahai diri.....
Sihat itu bukan milik kita
Lepaskanlah ia tuk kembali kepada pemiliknya
Tatkala tubuh didakap sakit
Ikhlaskanlah dirimu biarpun ianya sangat menyakitkan
Redhalah dengan pemberian TUHAN-mu meskipun perit sekali
Ingatlah! Nafas yang dihela kurniaan siapa?
Kesihatan dan kebugaran ketentuan siapa?
Kesakitan dan keperitan pemberian siapa?

Wahai diri.....
Menangislah..., lepaskanlah...
Jika takdir tertulis sihat itu bukan untukmu
Redhakanlah..., kerana sakit itu anugerah terindah buatmu
Pasti ada sesuatu yang telah menantimu
Dalam sendu diri menatap alir tinta-NYA
Madah yang mengajar arti pasrah dan redha
Mana satu di antara nikmat-nikmat TUHAN-mu yang kamu dustakan

Wahai diri.....
Sihat itu bukan milik kita
Sakit juga bukan milik kita
Redhalah akan takdir yang telah tertulis
Karena redha itu teramat indah tuk dinikmati dalam hidupmu
Redha di hatimu itu landasan menuju redha TUHAN

💛LOVE NO LIMIT💛
 
و الله اعلم بالصواب

Oleh alfaqir ila-llah
NUURUL-IMAAN
23 REJAB 1447 H
13 JANUARI 2026 M

https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵