PESANAN UNTUK MURIDKU

🌹Sekadar Perkongsian🌹

❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️

💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚

🌷PESANAN UNTUK MURIDKU🌷
(Sempena Hari Guru 2026)

Wahai murid-muridku tercinta
Ilmu itu warisan dan kamulah pewarisnya
Jadilah murid yang tinggi ilmu dan adabnya
Inilah warisan paling berharga dari guru buatmu
Ingatlah! Sehebat mana pun dan setinggi apa pun derajatmu
Guru bukanlah insan yang boleh kamu musuhi
Guru bukanlah hamba dan insan yang bisa kau umpat dan keji

Wahai murid-muridku yang hebat
Ingatlah! Di masa kecilmu, ada guru yang menyintaimu tanpa syarat
Guru pemberi cahaya penerang jalan hidupmu
Do'a guru sering menjadi sayapmu untuk kamu terbang
Mencapai dan menggapai cita-cita yang kamu inginkan
Hormatilah dan muliakanlah guru-gurumu dengan do'amu

💛LOVE NO LIMIT💛
 
و الله اعلم بالصواب

Oleh alfaqir ilallah
NUURUL-IMAAN
4 DZULHIJJAH 1447 H
21 MEI 2026 M

https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵